Back Select Language malaysia
LANGUAGE
  • ENGLISH
  • BAHASA MELAYU (coming soon)
COUNTRY
MALAYSIAMALAYSIA

TechOAis: GoBear Sebagai Portal Perbandingan Produk Kewangan.

May 7, 2016
TechOAis: GoBear Sebagai Portal Perbandingan Produk Kewangan.

 

GOBEAR DILANCARKAN SEBAGAI PORTAL PERBANDINGAN PRODUK KEWANGAN

GoBearTeam.jpg

Anda suka pergi bercuti dalam Negara dan melancong ke luar Negara? Tahukah anda, jika anda melancong ke luar Negara anda memerlukan insurans perjalanan? Ia adalah amat penting untuk menjaga kebajikan untuk diri kita sendiri ketika berada di luar Negara. Dalam pada itu, pernahkah anda mencari satu pelan insurans perjalanan yang sesuai tetapi ianya memakan masa yang amat panjang kerana terdapat banyak pelan dari bank atau institusi insurans. Di sinilah GoBear.com.my dapat membantu anda untuk membuat perbandingan yang lebih tepat, cepat dan mudah.

Bermula hari ini, bebaskan diri anda dari kekeliruan memilih produk kewangan seperti insurans perjalanan dan pakej kredit kad yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda. GoBear, laman web yang mudah untuk digunakan, menyediakan perbandingan serta merta antara produk kewangan yang berbeza untuk pengguna.

GoBear ingin menjadi sebuah syarikat internet yang pakar sebagai platform maklumat dan bukan sebagai penjual atau wakil produk. Ini membolehkan hasil carian yang tidak berat sebelah yang adil, mudah, dan lengkap untuk dipadankan dengan keperluan dan keutamaan mana-mana individu atau keluarga. Dalam pada ini, GoBear menyenaraikan lebih 1,000 produk kewangan di laman web dan akan menambah lebih banyak produk kewangan pada bulan-bulan akan datang.

Laman web ini akan berkembang ke dalam kategori pinjaman peribadi dan insurans kereta pada suku ketiga tahun ini.

Apa yang kami tahu daripada pelancaran produk ini adalah cara ia dilakukan dan kepantasan GoBear menunjukkan perbandingan di antara semua produk kewangan. Ia adalah cepat, terperinci sepenuhnya dan lengkap. Kami mengesyorkan kepada mereka yang ingin mencari pelan insurans perjalanan untuk mencuba dan menggunakan perkhidmatan GoBear. Juga, mereka yang ingin mendaftar untuk kad kredit, boleh melakukan perbandingan di GoBear.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai GoBear, sila layari www.gobear.com.my dan mengikuti perjalanan #gobearMY di Facebook 

This article was originally published on techoais.com


Find out more:

 

Amelia Lim

Head of Marketing

amelia@gobear.com


SHARE THIS Article VIA