Back Select Language malaysia
LANGUAGE
  • ENGLISH
  • BAHASA MELAYU (coming soon)
COUNTRY
MALAYSIAMALAYSIA

Bernanma: Laman Perbandingan Insurans Gobear Kini Boleh...

May 5, 2016
Bernanma: Laman Perbandingan Insurans Gobear Kini Boleh...

 

Laman Perbandingan Insurans Gobear Kini Boleh Didapati Di Malaysia



PETALING JAYA, 5 Mei (Bernama) -- GoBear, enjin carian Asia bagi produk insurans dan kewangan, yang kini boleh didapati di Malaysia, akan terus meningkatkan pengalaman tanpa batasan pengguna dengan carian, saringan dan sebut harga insurans.


Ketua Pegawai Eksekutifnya Andre Hesselink berkata laman GoBear Malaysia yang menampilkan insurans perjalanan dan kad kredit akan diperluaskan kepada kategori insurans kad dan pinjaman peribadi dalam suku ketiga tahun ini.


"Bersama dengan pasukan pakar dari Malaysia, kami akan terus meningkatkan platform GoBear. Kami amat fokus dan akan berusaha sedaya upaya kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di setiap pasaran utama kami," katanya kepada pemberita selepas melancarkan GoBear, di sini, hari ini.


Sementara itu, Pengarah Negara Malaysia GoBear Iskandar Ezzahuddin berkata platform itu berasal dari idea bahawa orang mahukan akses mudah kepada maklumat perkhidmatan dan pelanggan boleh membandingkan pelbagai produk kewangan dengan mudah sebelum membuat keputusan.


"Di sinilah GoBear akan membantu dengan menyediakan pengalaman baharu yang menjadikan carian bagi produk kewangan akan lebih pantas, mudah dan telus," katanya.


Beliau berkata pembeli insurans hari ini rata-ratanya menggunakan telefon mudah alih dan celik media sosial dan untuk mendekati mereka, syarikat insurans perlu memberi penekanan kepada carian yang lebih mudah.


GoBear yang beribu pejabat di Singapura sejak awal 2015, mempunyai operasi di Thailand selain Malaysia dan akan terus berkembang di seluruh Asia Pasifik pada 2016.


Ketika ini bagi Singapura dan Thailand GoBear menawarkan lebih 1,000 produk kewangan kepada penggunanya, dengan lebih 95 peratus pasaran Singapura diliputi bagi insuran kesihatan, perjalanan dan kategori kad kredit.



This article was originally published on Bernanma.


Find out more:

 

Amelia Lim

Head of Marketing

amelia@gobear.com


SHARE THIS Article VIA