Back Select Language malaysia
LANGUAGE
  • ENGLISH
  • BAHASA MELAYU (coming soon)
COUNTRY
MALAYSIAMALAYSIA

The Skop: GoBear Rungkaikan Misteri Insurans Perjalanan

May 6, 2016
The Skop: GoBear Rungkaikan Misteri Insurans Perjalanan

 

GoBear Rungkaikan Misteri Insurans Perjalanan



Polisi insurans adalah sangat kompleks. Hampir mustahil untuk memahami setiap perenggan yang terkandung didalamnya tanpa bantuan seorang yang alim dalam bidang tersebut. Hasilnya, ramai daripada kita membeli insurans secara membuta tuli tanpa maklumat yang jelas. Tetapi sekarang mereka boleh membuat keputusan dengan maklumat yang lengkap hasil bantuan GoBear.


GoBear adalah laman yang memberikan khidmat membanding beza produk kewangan yang ada dalam pasaran kita masa ini. Mereka bukanlah laman perbandingan yang biasa. Mereka adalah sebuah enjin metacarian. Berbanding dengan enjin carian biasa, sebuah enjin metacarian menggunakan enjin carian yang lain untuk mengumpul data.


Input daripada pengguna akan dihantar kepada enjin carian tertentu dan data yang dimuntahkan oleh enjin carian itu akan diformatkan untuk dipersembahkan kepada pengguna. Dalam hal ini, mereka menjejaki setiap laman web yang menyediakan produk insurans perjalanan di Malaysia.


GoBear menerapkan falsafah U.S.E dalam operasi mereka. Unbiased bermakna setiap laporan yang disediakan adalah adil, saksama, dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana penyedia insurans. Malah mereka tidak menerima komisen daripada syarikat insurans sekiranya pengguna membeli insurans berdasarkan saranan GoBear.


Simple
 pula bermaksud perkhidmatan yang mereka sediakan adalah ringkas dan kemas supaya perhatian pengguna tidak terganggu. Semua maklumat tentang insurans dikategorikan untuk memudahkan pengguna menilai. Faktor seperti Kemalangan Peribadi, Pembatalan Penerbangan, dan Perpindahan Kecemasan atas sebab Kecemasan menerima pemberat tertinggi berbanding faktor yang lain.


Akhir sekali, Easy memastikan pengguna boleh mengakses perkhidmatan GoBear daripada pelbagai sumber seperti komputer, telefon pintar, dan tablet. Laman web mereka juga sangat minimalistik, tiada iklan dan visual yang memeningkan. Pengguna akan terus dipaparkan dengan ruang-ruang input yang perlu diisi untuk memulakan proses banding beza.


GoBear menyimpan maklumat lebih 40 pelan insurans perjalanan, 196 kad kredit dan 37 kad kredis islamik. Buat masa ini, GoBear Malaysia hanya menyediakan khidmat perbanding uuntuk produk insurans perjalanan dan kad kredit. Tetapi, mereka akan memasukkan lebih banyak produk kewangan lagi seperti insuranss kereta, pinjaman peribadi, dan insurans hayat sebelum tahun ini berakhir.


“GoBear lahir daripada gagasan yang pengguna inginkan akses yang mudah kepada sesuatu maklumat kewangan. Menggunakan maklumat tersebut mereka boleh membuat banding beza sebelum mengambil keputusan. Di sepanjang proses inilah GoBear akan memimpin mereka. Kami akan menyediakan satu pengalaman mencari produk kewangan yang pantas, mudah, dan telus,” kata Iskandar Ezzahuddin, Pengarah Go Bear Malaysia.


GoBear adalah satu-satunya enjin metacarian di Asia untuk insurans dan produk kewangan. Mereka beroperasi di empat negara buat masa ini iaitu Thailand, Singapura, Fillipina, dan terbaharu, Malaysia. Hong Kong, Indonesia, dan Vietnam adalah tiga negara yang akan dikunjungi beruang itu dalam masa terdekat ini.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gobear.com.my dan telusuri tag #gobearMY atau laman Facebook mereka di www.facebook.com/gobearmalaysia.



This article was orginally published on The Skop.


Find out more:

 

Amelia Lim

Head of Marketing

amelia@gobear.com


SHARE THIS Article VIA