Kad Kredit Terbaik 2023: Permohonan Maybank Bank Rakyat CIMB

Senarai kelebihan untuk permohonan kad kredit maybank islamic ikhwan, Bank Rakyat, CIMB, CitiBank, Maybank, RHB yang terbaik untuk melancong & isi minyak petrol, paling bagus dan berbaloi serta mudah dan senang lulus tahun 2023

permohonan kad kredit islamik terbaik 2023

Sesiapa sahaja boleh memilikinya sekarang ini. Tetapi yang membezakan adalah berapa credit limit yang anda perolehi. Semakin baik credit score anda, semakin tinggi annual income dan pendapatan anda semakin tinggi limit yang boleh anda mohon.

Ada 3 jenis credit card iaitu permulaan iaitu Visa mastercard credit card atau visa gold credit card, Kad Pertengahan (Platinum mastercard) dan PREMIUM (Credit cards Premier, Infinate atau Signature).

Ada yang mahu memaksimakan setiap kali mereka berbelanja baik ketika melancong atau membeli belah untuk mendapatkan mata ganjaran ataupun pulangan tunai dengan kad tanpa tunai yang ditawarkan. Macam-macam kad ada di pasaran. Bagaimana pula dengan anda?

Jikalau anda sudah faham dengan terma, caj tahunan (annual fee), caj pembayaran lewat (late payment), caj pemindahan wang (balance transfer), caj urusniaga luar negara (foreign transaction fee), dan caj tambahan lain atau interest rate, barulah anda boleh ambil card. Jangan main ambil sahaja. Kelak merana diri.

9 Kelebihan Kad Kredit Terbaik di Malaysia 2023

Mari kita semak senarai Best credit card malaysia untuk cash rebate, travel, lounge access klia & worldwide, petrol, cashback, reward yang boleh anda mohon, apply dan lulus dengan mudah!

  • BACA SINI >> Agoda Promo Code 2023: Cara Login agoda Booking Hotel Promotion

Kad kredit untuk isi petrol malaysia : Maybank credit card Ikhwan Petronas
Kad kredit untuk melancong : Citibank credit card PremierMiles Visa Signature

  1. Ada yang tidak mengenakan yuran tahunan percuma (annual fee) jikalau anda berbelanja jumlah yang ditetapkan pada tahun tersebut
  2. Ada kad yang sesuai untuk travel (melancong). Maknanya jikalau anda belanja di luar negara (oversea) anda mungkin akan dapat ganjaran tambahan daripada segi cashback ataupun mata ganjaran tambahan daripada bank
  3. Ada kad yang menawarkan peluang untuk anda mengurangkan bayaran komitmen kad daripada bank lain. Berbanding anda bayar secara minimum setiap bulan daripada jumlah bayaran hutang kad anda. Dengan tawaran ‘balance transfer’ atau pindahan baki ini anda berpeluang untuk bayar secara ansuran sehingga hutang kad anda selesai dibayar
  4. Ada bank yang menawarkan peluang anda dapat cashback atau ganjaran rebat tunai setiap kali anda berbelanja. Dengan syarat menggunakan kad kredit untuk pembelian di pusat membeli belah terpilih termasuk Sogo, Isetan KLCC, AEON, perbelanjaan runcit di Mydin, Giant, Tesco dan lain-lain lagi, bayar duit minyak Shell, caltex atau Petronas
  5. Malah jikalau anda bayar bil TNB, bil Air, bil Astro, bil Unifi TM secara online menggunakan kad kredit anda dapat ‘reward atau ‘cashback’
  6. Jikalau anda peminat tengok wayang di GSC, TGV contohnya rugi rasanya jikalau anda bayar tunai kerana jikalau anda bayar kad kredit anda berpeluang untuk dapat tiket wayang satu lagi secara percuma. Menarik bukan?
  7. Sekarang, senang nak semak baki secara online walau di mana sahaja. Contohnya jika anda ada kredit kad Bank Rakyat, anda boleh dapatkan penyata, boleh semak baki & download statement
  8. Jikalau anda di lapangan terbang (airport) anda berpeluang mendapat akses ke KLIA lounge.
  9. Nak dapatkan duit tunai cepat mudah dengan kadar faedah yang berpatutan berbanding pinjaman peribadi

Apa Permohonan Kad Kredit Terbaik Isi Minyak Petrol?

Jikalau ada yang bertanya apakah kad  yang terbaik petrol dan keperluan barang dapur di Malaysia yang sesuai untuk penggunaan setiap hari? Jawapan kami terlalu subjektif.

Tetapi jikalau bertanya kepada kami inilah dia kad terbaik yang kami miliki sehingga ke hari ini dan masih lagi digunakan.

Dahulu kami menerima banyak kelebihan sepanjang kami ada menggunakan kelebihan kad kredit Bank Rakyat Platinum Credit Card, kad kredit bank islam, maybank Islamic Ikhwan Petronas, Public Bank Visa Platinum Mastercard, RHB Smart Value Visa Card. Institusi kewangan seperti AEON credit Platinum Visa, manakala CIMB Click tak pernah ada lagi.

Tetapi…..

Tetapi semuanya kami sudah potong. Tinggal tiga ini sahaja kad terbaik yang kami masih gunakan bersama-sama dengan kad petronas mesra untuk tujuan kumpul point.

3 Permohonan Kad Kredit Terbaik Pilihan Kami

Kami telah buat permohonan kad kredit maybank, citibank kerana ia merasakan sesuai dengan keperluan kami setiap hari.

1) Citibank Choice

  1. Sebabnya tiada sebarang caj tahunan. Jadi tidak pening kepala untuk memikirkan komitmen bayaran tahunan
  2. Setiap Rm1 yang kami belanjakan akan diberikan tawaran mata ganjaran untuk 1 mata ganjaran. Yang bagusnya Citibank, tawaran barangan atau hadiah yang boleh ditebus paling lumayan dan lebih berkualiti berbanding lain. Pelbagai ada.

2) Kad Kredit Citi PremierMiles Visa Signature Terbaik Untuk Melancong

  • Kami akan dilindungi sehingga RM300 ribu jikalau kami swipe kad kredit citibank ini dengan  beli tiket penerbangan dan tiket flight baik Air Asia, Malaysia Airlines, Fly Emirates, Singapore Airlines. Dan menggunakan kad ini selama 30 hari sebarang insiden kemalangan
  • Kami dapat akses percuma ke Plaza Premium Lounge di mana mana lapangan terbang di Malaysia atau luar negara secara percuma
  • Setiap kali kami bayar yuran tahun, kami dapat tambahan 10,000 PremierMiles
  • PremierMiles yang terkumpul kami gunakan menebus banyak tiket flight termasuklah daripada Singapore Airlines, Fly Emirates, Qatar Airways, harga tiket mas airlines promotion, Etihad.
  • Ada 90 syarikat penerbangan yang Citibank tawarkan.
  • Apa kami belanja penginapan dengan Agoda promo code 2023 atau Airbnb guna kad kredit ini kami dapat lagi PremierMiles

3) Maybank Islamic Ikhwan Petronas

  • Pada asalnya kami memikirkan untuk potong sahaja kad ini. Sebab untuk berbelanja kami lebih gunakan Citibank Choice ataupun Citi PremierMiles Visa Signature.
  • Tetapi dek kerana Maybank acapkali berita offer atau tawaran untuk balance transfer tanpa sebarang ‘interest’, jadi kami bertindak untuk mengekalkan kad ini.
  • Dan kami merasakan inilah kredit kad maybank terbaik untuk kemudahan casback

NOTA: Kami juga ada dapat tawaran untuk buat permohonan kad kredit bsn, tetapi kami terpaksa menolak kerana merasakan kelebihan yang ada tidak dapat lawan credit card yang kami sedang digunakan.

Kad Kredit Cashback Terbaik

Itu pilihan kad terbaik daripada kami. Tetapi jika anda mahu kad kredit dengan manfaat cashback paling menarik, boleh cuba HSBC Amanah MPower Visa Platinum Credit Card-i.

Pokok pangkalnya terpulang kepada kehendak dan keperluan anda.

Jika anda merasakan anda mempunyai gaji bulanan munasabah untuk apply, boleh cuba kredit kad terbaik 2023 yang kami cadangkan seperti di atas dan di bawah ini.

8 Kelebihan Buat Permohonan Kad Kredit

Pastinya ada kelebihannya buat permohonan kad kredit, antaranya ialah:

  1. Tidak perlu bawa duit yang banyak ke mana-mana
  2. Transaksi lebih selamat
  3. Senang nak set untuk auto bill payments
  4. Anda berbelanja, anda akan dapat bonus points (reward) ataupun cashback
  5. Jikalau anda berbelanja pada jumlah transaksi yang ditetapkan, anda tidak perlu bayar annual fee (no annual fee)
  6. Anda boleh apply cash advance jika memerlukan duit segera dengan mudah dan cepat. Lebih mudah berbanding apply personal loan
  7. Penggunaan berhemah dan berdisiplin mampu meningkatkan credit score anda untuk mudah mohon pinjaman rumah atau pinjaman kereta pada masa akan datang
  8. Ada sesetengah menawarkan insurance coverage
  9. Untuk yang suka kumpul petrol credit setiap kali isi minyak boleh cuba Citibank Credit Card Choice

3 Tips Terbaik

  1. Bayar penuh kesemua perbelanjaan yang telah anda gunakan. Jangan biarkan ada tertinggal baki sehingga pihak bank boleh caj kepada anda.
  2. Bayar ikut jadual. Jangan melepasi tempoh yang ditetapkan pada setiap bulan. Jikalau tidak, bank sekali lagi akan caj tambahan kepada anda
  3. Berbelanja mengikut kemampuan anda membayarnya semula

Best Credit Card Malaysia 2023

cara apply best credit card malaysia 2023

Best Reward Credit Card Malaysia, cash rebate dan juga untuk Petrol CashBack serta Travel

Tiada bank lain yang boleh menandingi Citibank yang mampu menawarkan credit card yang bagus. Sesuai dengan status bank worldwide, banyak kemudahan dan tawaran promosi yang boleh diperolehi melalui Citibank & Standard Chartered.

Citibank benar-benar fokus dan jaguh dalam menawarkan card kepada bakal pelanggannya. Ia bergantung kepada jenis card yang anda miliki.

1. Best Credit Card Petrol Malaysia

  • Kad kredit terbaik untuk Petrol Malaysia adalah Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Memang tiada yang boleh lawan. Kad Kredit Maybank Islamic Ikhwan Petronas Ia menawarkan cashback yang tertinggi & terbaik tanpa ada had minimum yang ditetapkan untuk anda menerima kelebihan pulangan cashback

2. Best Cashback Credit Card Malaysia

Untuk anda yang mahu pilih kelebihan daripada aspek cash rebate credit card malaysia, ia terbahagi kepada 3 kategori yang anda sering berbelanja :

  • Bil utiliti : Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard
  • Shopping (Online & Retail) : UOB YOLO Visa
  • Makan di Restoran : CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard
  • Barangan runcit : HSBC Amanah MPower Platinum
  • Petrol : Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum Card-i

Biasanya kami akan pilih yang menawarkan nilai peratusan cashback credit cards tertinggi pada setiap kategori

3. Best Credit Cards Rewards points

  • Citi Rewards Visa Signature

Walaupun HSBC Visa Signature menawarkan pulangan point yang lebih tinggi, tetapi kami boleh jamin di sini pilihan hadiah cukup pelbagai dan betapa mudahnya untuk redeem point yang terkumpul dengan hadiah yang ditawarkan di portal Citibank adalah jauh lebih baik.

Kemudian, annual fee pun tidak perlu bayar.

4. Best Credit Card For Airport Lounge Access

  • Standard Chartered WorldMiles World MasterCard

Boleh masuk secara free dan percuma ke Plaza Premium Lounge KLIA dan KLIA2 (UNLIMITED). Manakala rakan atau kenalan anda yang masuk masuk juga mendapat diskaun sebanyak 20 peratus

5. Best Credit Card For Travel malaysia

  1. STANDARD CHARTERED: https://www.sc.com
  2. CITIBANK: https://www.citibank.com.my

NOTA: Anda boleh memaksimumkan kelebihan kad kredit yang anda miliki dengan menghubungkan sistem touch n go login. CUBALAH!

Kad kredit untuk gaji rm1500 RM2000 atau bawah RM3000 pun ada. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Cara Mohon Kad Kredit Tanpa Slip Gaji

Banyak sebenarnya tawaran kad kredit untuk gaji rendah ataupun anda yang tiada slip gaji.

SENARAIKAD
MOHON kad kredit untuk gaji rendahCiti Simplicity+ Card
MOHON kad kredit tanpa slip gajiAkan dikemaskinikan

Apply Kad Kredit

Selain dari credit card maybank dan Citibank yang kami gunakan, ada baik lagi kad kredit yang boleh anda apply antaranya hsbc hong leong alliance uob standard chartered bank rakyat cimb ambank rhb bank islam dan bsn.

Diharapkan perkongsian ini membantu anda yang sedang buat perbandingan kredit kad paling mudah dan senang lulus, kelebihan credit card, kad yang bagus dan paling berbaloi.

Sekarang, ada promosi kad kredit untuk penjawat awam tanpa yuran tahunan, paling penting ia mudah lulus.

Soalan Lazim & FAQ

1. Best Klia Lounge Credit Card Access

Citibank & Standard Chartered

2. Kad kredit bank islam ok tak

Ok. Boleh cuba apply

3. Kad kredit bank rakyat bagus tak

Bagus jika anda mahu mendapatkan kemudahan personal loan kelak

P/S : Beringatlah ketika berbelanja. Berbelanja ketika anda benar-benar mampu membayarnya semula. Jika tidak, anda akan jadi hamba kepada hutang ‘jahat’ ini untuk berbulan-bulan lamanya, inilah salah satu keburukan kad kredit jika anda tidak menggunakannya pada cara yang betul.

Jika anda benar benar perlu, boleh buat permohonan kad kredit terbaik seperti yang dikongsikan seperti di atas.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia